Ahad, 26 Jun 2016

BUDAK TIGA TAHUN CEDERA KEMALUAN TERSEPIT ESKALATOR

 | Jun 7, 2016 | 0 Comment


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin malam.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab dipetik laporanmStar Online berkata, dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan.
Katanya, semasa kejadian kanak-kanak tersebut bersama ayahnya sedang menaiki eskalator berkenaan untuk ke bahagian permainan yang terletak di di aras tiga premis berkenaan.
“Sepasukan lapan anggota bomba dari balai Bagan Serai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada kakitangan pasar raya berkenaan.
“Sebaik sampai, eskalator berkenaan telah diberhentikan oleh pihak pengurusan tetapi kanak-kanak itu masih duduk di tangga kerana seluarnya tersepit,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut, beliau operasi menyelamatkan kanak-kanak itu tamat pada pukul 8.50 malam dan mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.


Ini salah satu kes yang menyayat hati berlaku di pasaraya

Kami di bambino kids lahir untuk mengurangkan masalah ini.ramai anak yang aktif terlepas daripada pandangan kita.

Kami tubuhkan playground untuk kanak  kanak bergembira dan selamat bermain.

BAMBINO KIDS PLAYGROUND
TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN

LOT F14, TINGKAT 1, SEBELAH NAGOYA,
JALAN BAKAR ARANG
TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN
013-3403306

Tiada ulasan:

Catat Ulasan