Sabtu, 20 Ogos 2016

21/07/12

Sunnah dan Amalan Rasulullah Sebelum, Ketika dan Selepas Tidur

Tidur dan bangun sebenarnya adalah perkara yang sangat penting, kerana ia adalah pemula kepada kehidupan seharian. Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. 

Dari Ibnu Abbas R.A bahawa Nabi S.A.W yang berkata: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi)
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, Subhanallah! sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk
 Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
 “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah)
2. Nabi SAW memberi peringatan agarmengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidurkita. Ini berdasarkan hadis:
Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
 ” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.
3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali,Allahuakbar 34 kali.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim)
5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari)
6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.
7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban:
Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.
8. Membaca do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah):
Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)
9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah pipinya kemudian membaca sebanyak tiga kali:
اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.
10. Membaca Surah al-Kaa-firun
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni:
Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.
11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutangsebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal 
       Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan 
Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:  
Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:
Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim) 

14. Membaca do'a sesudah bangun dari tidur:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).


Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]
16. Bersugi.
"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)
Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah pula kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan.
Peringatan : Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)
- Secara umumnya ada 4 cara tidur...yang mana satukah pilihan sahabat semua?

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para Ulama' dan ahli Ibadah
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga bagi solat malam

3. Tidur para raja yang haloba
Mengiring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka

p/s: Insyaallah moga-moga kita istiqamah

Selasa, 28 Jun 2016

Bermain Penting Untuk Perkembangan kanak knak

Bermain Penting Untuk Perkembangan.

Bermain sangat penting untuk perkembangan anak. Dengan bermain mereka dapat mengembangkan emosi, fikiran,  dan pertumbuhan akalnya

Bermain adalah cara bagi anak untuk belajar mengenai tubuh mereka dan dunia ini, dan pada saat itulah mereka akan menggunakan kelima -lima pancaindra yang dimilikinya.

“Bagaimana rasanya jika benda ini disentuh? Bagaimana bunyinya jika benda ini dijatuhkan? Apa yang terjadi jika benda ini dilempar?”

Dengan mengeksplorasi hal-hal yang ada disekitarnya inilah otak anak akan berkembang. Dengan bermain mereka mengembangkan imajinasi, skill, kemandirian, kreativitas, dan kemampuan bersosialisasi. Disini mereka akan belajar berbagi mainan dengan teman dan saudaranya, belajar mengucapkan kata ‘maaf’ dan ‘terima kasih’.

Sebagai kesimpulannya bermain ada perkerjaan serius anak -anak .Sebagai ibu bapa kita mestilah meluangkan masa untuk anak -anak kita bermain

Isnin, 27 Jun 2016

Budak 5 Tahun Maut, Ibu Leka Membeli Belah Di Pasaraya (5 Gambar)

Budak 5 Tahun Maut, Ibu Leka Membeli Belah Di Pasaraya (5 Gambar)

Budak 5 Tahun Maut, Ibu Leka Membeli Belah Di Pasaraya (5 Gambar) | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah van di Jalan Bukit Sekilau, Kuantan petang semalam.

Mangsa, Muhammad Haikal Khamram, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, mangsa dikatakan ke sebuah pasar raya bersama ibunya. Bagaimanapun, mangsa telah keluar tanpa pengetahuan ibunya lalu cuba melintas jalan di depan pasar raya itu. Pada masa yang sama, van terbabit yang datang dari arah Jalan Bukit Sekilau telah melanggar mangsa.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat. -blog.josrevalution

Budak 5 Tahun Maut, Ibu Leka Membeli Belah Di Pasaraya (5 Gambar)




P/s : Awasi anak anda sebaiknya... 

KAMI DI BAMBINO KIDS PLAYGROUND ANTARA RESOLUSI TERBAIK UNTUK IBUBAPA MEMBELI BELAH DENGAN AMAN.

BAGI ANAK BERMAIN DENGAN AMAN SELAMAT, PLAYGROUND KAMI BERPAGAR DAN STAFF KAMI PAKAR MELAYAN KARENAH KANAK KANAK. DI SAMPING IBUBAPA PERGI MEMBELI DENGAN TENANG.

KUNJUNGI PLAYGROUND KAMI




TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN

LOT F14, TINGKAT 1, SEBELAH NAGOYA,
JALAN BAKAR ARANG
TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN
013-3403306

Ahad, 26 Jun 2016

BUDAK TIGA TAHUN CEDERA KEMALUAN TERSEPIT ESKALATOR

 | Jun 7, 2016 | 0 Comment


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya dalam kejadian yang berlaku pada Isnin malam.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Nasir Wahab dipetik laporanmStar Online berkata, dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan.
Katanya, semasa kejadian kanak-kanak tersebut bersama ayahnya sedang menaiki eskalator berkenaan untuk ke bahagian permainan yang terletak di di aras tiga premis berkenaan.
“Sepasukan lapan anggota bomba dari balai Bagan Serai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada kakitangan pasar raya berkenaan.
“Sebaik sampai, eskalator berkenaan telah diberhentikan oleh pihak pengurusan tetapi kanak-kanak itu masih duduk di tangga kerana seluarnya tersepit,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut, beliau operasi menyelamatkan kanak-kanak itu tamat pada pukul 8.50 malam dan mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.


Ini salah satu kes yang menyayat hati berlaku di pasaraya

Kami di bambino kids lahir untuk mengurangkan masalah ini.ramai anak yang aktif terlepas daripada pandangan kita.

Kami tubuhkan playground untuk kanak  kanak bergembira dan selamat bermain.

BAMBINO KIDS PLAYGROUND
TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN

LOT F14, TINGKAT 1, SEBELAH NAGOYA,
JALAN BAKAR ARANG
TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN
013-3403306

Sabtu, 25 Jun 2016

Gambar terbaru customer ke bambino kids

Terima kasih tak terhingga kepada waris kerana sudi uploads gambar anak yang datang ke bambino kids.

Gambar berlatar belakang playground bambino kids ini menjadi inspirasi kepada kami untuk menjadikannya lebih baik dari semasa ke semasa.



Besar harapan kami ingin melihat dunia kanak-kanak yang ceria, oleh yang demikian setiap pelanggan boleh upload gambar anak kepada facebook kami

Muhammad Hanis




Minda KanakKanak Adalah Bermain

Ramai yang tanya,
"Kenapa buat playground? Kenapa tak buka tadika je? Kat tadika, budak lebih banyak belajar."

Kat tadika budak lebih banyak belajar?
Iye ke?

FIKIR SEMULA.





Bagi kita,
anak yang cepat baca, adalah anak yang genius. Kan?
Anak yang dulu reti pegang pensil dan menulis, adalah anak yang bijak. Kan?
Anak yang dulu hafal Al-Fatihah, adalah anak yang pandai. Kan?
Anak yang dulu hafal sifir, adalah anak berotak geliga. Kan?

Pastu,
anak yang kuat main, adalah anak yang lembab, tak dengar cakap, anak yang jauh kebelakang,
anak yang dari keturunan bodoh-bodoh, dan sebagainya.

-__________-

Ini semua adalah--
SALAH SESALAH SALAHNYA.

Sedangkan tuhan jadikan setiap khalifah yang lahir itu,
berperanan dan berhikmah.

Bermain-main itu lumrah dan hak anak-anak yang tak sepatutnya disekat-sekat.
Terutama anak yang berusia 5 tahun ke bawah.
Kerana kanak-kanak 5 tahun ke bawah sebenarnya belajar LEBIH BANYAK dan LEBIH BAIK KETIKA BERMAIN.
Dengan bermain, otak mereka berfungsi dengan lebih baik dan lebih cergas.

So bagi mereka main. Tak perlu halang.
Sedangkan nabi pun bagi cucu dia bermain-main dalam masjid sampai panjat-panjat tengkuk baginda masa sujud.
Siap sujud lama-lama semata-mata taknak ganggu emosi cucu yang sedang bermain di atas tengkuk.




Inikan kita.
Nak melawan fitrah anak itu sendiri.
Nak paksa-paksa anak berhenti bermain. Paksa baca buku.
Paksa belajar pegang pensil dan menulis.
Paksa pergi sekolah. Paksa pergi kelas agama.
Pastu bawa balik homework bertimbun.


Kita ni manusia, fitrahnya macam mana ye?
Memang suka dipaksa-paksa atau lebih suka didekati dengan cara berhemah?
Tak semestinya dengan bermain kita tak boleh belajar. Kan?
Saya sendiri mengajar Haikal membaca, mengira dan mengaji dengan cara BERMAIN.

BERMAIN atau PLAY,
 adalah amat berkait rapat dengan fungsi otak dan kawalan emosi anak-anak.
Diorang explore, berimaginasi, curious dan banyak berfikir ketika bermain.
Senang cerita,
mereka guna otak ketika bermain.
MEREKA BELAJAR KETIKA BERMAIN.

Bermain tak semestinya dengan permainan tertentu yang terdapat di pasaran.
Tak perlu mainan mahal-mahal.
Aktiviti-aktiviti yang menggunakan perkakas dapur, atau apa saje barang yang dah sedia ada kat rumah pun dah memadai.
Apa jua aktiviti bermain yang melibatkan kreativiti, daya imaginatif, fokus dan interaksi,
secara tidak langsung akan memberi kesan baik kepada ransangan dan perkembangan otak anak.
Dan dengan bermain jugak,
membenarkan kanak-kanak itu belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang cukup tenang dan seronok.
\


Emosi dan mental mereka juga akan diransang dengan baik.

Anak-anak 5 tahun ke bawah ni biasanya tak perlukan manual atau jadual waktu belajar atau
aktiviti-aktiviti tertentu dalam rutin seharian mereka.
Kerana setiap hari mereka adalah berbeza,
kecenderungan mereka berubah-ubah,
dan mereka melalui fasa-fasa tertentu sepanjang hari-hari mereka.
Maksudnya tumpuan mereka terhadap sesuatu aktiviti juga adalah berbeza.

So selalunya rutin yang samaaa je sepanjang hari,
seperti persekolahan yang mengamalkan strict education adalah sangat bercanggah dengan fitrah mereka.
Itu yang budak jadi cepat letih, pasif, serba tak kena dan sebagainya.
Mereka sememangnya memerlukan ransangan dan masa bermain.

Di tahap umur 5 tahun ke bawah,
pergerakan tangan kaki dan seluruh anggota badan yang dihasilkan ketika bermain,
membantu meransang saraf dan otak dengan lebih baik.
Setiap apa yang anak lihat, pegang, gerakkan, cipta, sentuh,
semuaaaanya membuatkan mereka berfikir dan ransangan otak mereka sedang berjalan.
THEY ARE ACTUALLY LEARNING BETTER ketika bermain.

Berikut adalah beberapa kebaikan "bermain":


1) Bermain meransang "communication skill".

Dengan menggalakkan anak-anak bermain ia secara tak langsung beri peluang kepada anak tersebut untuk develop speech dan language abilities mereka. 
Dan, bila wujud komunikasi, pastinya kebolehan mendengar dan memberi tumpuan 
terhadap percakapan orang lain juga turut sama wujud.
Benda ni lebih jelas dan berkesan bila, anak bermain secara berpasangan atau berkumpulan,
mereka bercakap dan mendengar, 
maka secara tidak langsung MEREKA BERKOMUNIKASI.

Namun, bermain keseorangan juga, 
mampu meransang communication skill dan daya imaginasi anak.
Contoh, anak kita boleh berinteraksi dengan mainan atau berpura-pura menjadi karakter superhero kegemaran mereka 
dan membuat "role-playing" atau buat pelbagai aksi seolah-olah mereka di dalam dunia permainan tersebut.
Mereka berinteraksi dan berimaginasi dengan permainan mereka,
dan ransangan otak turut berlaku.

Saya sendiri selalu standby sekurang-kurangnya dua mainan haikal dalam handbag saya.
So bila tengah makan di restoran ke, atau nak singgah solat di masjid ke,
saya akan bagi dan boleh main setempat dan sentiasa behave elok di depan mata saya.
Ini jauhhhhh lebih baik dari memberikan anak ipad atau smartphone yang langsung tidak melibatkan komunikasi dua-hala.



2) Bermain boleh mendidik anak tentang hubungan sesama manusia.

Bermain secara tak langsung mewujudkan interaksi sosial, kebolehan dan kecekapan bersosial.
Anak-anak yang bermain, tak kisah la dengan parents, siblings atau rakan sebaya, 
akan aware tentang hubungan bersosial dan belajar dari pengalaman bersosial. 
Kualiti hubungan sesama manusia yang di-developed semasa bermain, 
akan meningkatkan ransangan emosi dan mental kanak-kanak.
Mereka akan rasa seronok dan berada di dalam emosi yang stabil, 
maka pengeluaran hormon-hormon baik dalam badan dapat diransang.
Perkara ni secara tak langsung berkait rapat dengan seluruh perkembangan sistem biologi kanak-kanak. 
Mereka akan lebih positif, lebih sihat, lebih suka bersaing secara sihat, bergaul dan sebagainya.



3) Bermain boleh meransang "cognitive development"

Cognitive development adalah berkaitan dengan memory, creative thinking, imaginative thinking, 
problem solving skill, dan sebagainya.
Atau dalam bahasa mudah, cara otak dan minda anak-anak memanipulasi sesuatu perkara atau keadaan.

"Imaginative play" dan "role-playing" amat membantu dalam perkembangan otak untuk berfungsi secara positif.
Anak-anak yang cenderung dalam gaya permainan seperti ini biasanya mampu berinteraksi dan 
bertindak balas secara "lebih matang" dengan keadaan dan situasi sekeliling,
berbanding kanak-kanak yang kurang menggemari "imaginative play" dan "role-playing".

Perkara ini disahkan sendiri oleh pakar-pakar psikiatri kanak-kanak,
yang membuat kajian perbandingan tentang kanak-kanak yang lebih gemar menonton TV, 
berbanding kanak-kanak yang suka bermain.

Kajian tersebut mendapati bahawa,
a) Anak yang mempunyai ayah yang suka bermain dengannya mempunyai lebih daya imaginasi dan cognitive ability, berbanding anak yang jarang mendapat perhatian ayahnya.

b) Anak yang sentiasa bermain dengan ibunya mempunyai self-esteem yang lebih tinggi dan tidak mudah rasa takut, berbanding anak yang jarang dapat bermain dengan ibunya.

c) Kanak-kanak remaja yang selalu bermain atau melakukan aktiviti riadah bersama parents, didapati mempunyai prestasi persekolahan, kesihatan mental, interaksi sosial, dan pengawalan emosi yang jauhhh lebih hebat berbanding anak yangjarang melakukan aktiviti bersama ibu bapa.



Pentingnya BERMAIN bersama anak.
Dan pentingnya kesan BERMAIN terhadap perkembangan anak secara menyeluruh.

Dengan bermain, barulah bermula semua fasa positif dalam diri anak.
So main lah puas-puas bersama anak yang berumur 5 tahun ke bawah.
Nanti bila dia dah 6 tahun ke atas, fizikal, mental dan emosi dia dah cukup bersedia untuk 
menerima pembelajaran yang lebih serius atau strict education di zaman persekolahan.


setiap anak fasa-fasa pencapaiannya berbeza.

Ada budak develop memory dulu, tapi constructive kurang.
Ada budak develop constructive skill dulu, memory kurang.
Ada budak develop immitation skill dulu, skill lain kurang.

IT DEPENDS.
Tak perlu terikut-ikut kan anak sesiapa.

Guna kan kaedah ransangan dan pendedahan yang betul.
Kebijakan anak itu akan terserlah dengan sendirinya nanti.

Percayalah.

Let them grow naturally.
Beri anak ruang dan masa untuk develop skill-skill tertentu satu per satu tanpa perlu dipaksa-paksa.

Itu sebab saya prefer buat playgroup dan bergerak sebagai organisasi untuk komuniti ibu bapa
instead of buka tadika.
Sebab ni lah. Mentaliti ibu bapa tu kena ubah dulu.
Baru kita boleh ubah sistem tadika yang kebanyakannya bercanggah dengan fitrah anak,
oleh kerana permintaan kebanyakan ibu bapa di malaysia yang mahukan strict education untuk anak mereka.
Mengarut!

Dekat playgroup tu nanti, kita akan dedahkan anak-anak dan ibu bapa dengan banyak aktiviti yang memberi input,
serta educate parents bagaimana caranya untuk bermain secara berkualiti bersama anak.
 InsyaAllah.

Sila kunjungi kedai kami

BAMBINO KIDS PLAYGROUND
TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN

LOT F14, TINGKAT 1, SEBELAH NAGOYA,
JALAN BAKAR ARANG
TESCO  SUNGAI PETANI SELATAN
013-3403306